my awesome Followers ^ ^

Wednesday, June 22, 2011

Prosecutor Princess

Also known as 검사 프린세스 / Geomsa Princess / 검사 마타하리 / Prosecutor Mata Hari / 检察官公主

Genre: Romance

Category: Korean Drama

Film Date: March, 2010

Episodes: 16

Sinopsis : Drama ini penuh elemen kejutan menjadikan nya sangat menarik. Garapan skrip yang kemas menjadikan drama ini sangat-sangat berbaloi untuk ditonton. Drama ini mengenai seorang wanita cantik dan bijak dengan IQ 160 iaitu Ma Hye-Ri ( Kim So-Yeon). Dia anak kepada Ma Dong Bang. Ma Hye-ri meminati bidang fesyen namun disebabkan pada malam peragaan pelajar jurusan fesyen ayahnya terdengar komen juri yang dia meniru gaya pereka lain maka ayah dia membakar semua beg tangan dia yang mahal-mahal serta kad kredit. Selepas itu, dia berjanji akan menurut kemahuan ayahnya supaya menjadi seorang pendakwa raya. Dia lulus dengan mudah kerana memiliki kepintaran mengigat yang tinggi. Semasa memasuki pejabat pendakwaraya dia telah menimbulkan perbagai kekecohan dan mengundang rasa kurang senang para senior. Muncul seorang peguam muda yang kacak,tampan dan bergaya iaitu Seo In Woo (Park Si Hoo) dengan penuh misteri. Seo In wo sengaja merapati dan membantu Ma Hye-ri . Dia mempunyai agenda yang tersendiri. Dalam tempoh itu, dia telah jatuh hati kepada Ma-hye-ri.Tetapi Ma Hye-ri suka kepada senior tempat dia bekerja iaitu Yoon Se-joon ( Han Jung Soo). Kebetulan muka Ma Hye-ri mirip bekas isteri Senior Yoon. Tapi senior Yoon tidak mempunyai perasaan kepada dia sebab tidak menyukai perangai Ma Hye-ri.Senior Jin Jeong-seon ( Choi Song Hyun) yang rapat dengan senior Yoon sebenarnya telah lama memendam perasaaan kepada Senior Yoon. Bila nampak Senior Yoon lebih rapat dengan Senior Jin , Ma Hye-ri mula sedar perasaan dia terhadap Senior Yoon cuma suka bukan cinta! Dia mula merindui Seo In Woo. Seo In Woo semakin berat hati untuk menceritakan tujuan sebenar dia rapat dengan Ma Hye-ri. Tapi bila Ma Hye-ri mula syak dengan kelakuan dia baru Seo In Woo beritahu hal sebenar. Sebenarnya Seo In Woo membuat perancangan untuk membicarakan kembali kes ayahnya yang telah dituduh membunuh tetapi tertuduh sebenar adalah ayah Ma Hye-ri! Maka bermula konflik untuk Ma hye-ri mencari kebenaran apabila ayahnya membuat pengakuan bersumpah tidak pernah berniat membunuh lelaki itu tapi mengaku turut bersubahat memerangkap ayah Seo In Woo. Masa ini cerita ni banyak part sedih. Ma Hye-ri berjanji akan bersetuju penyisatan dilakukan semula jika peguam Seo menjadi peguambela ayahnya. Ayah Ma Hye-ri pula membuat perjanjian dengna peguam Seo bahawa dia hanya setuju melantik peguam Seo sebagai peguambela jika Peguam Seo berjanji tidak akan bersama dengan Ma Hye-ri. Satu perjanjian yang membuatkan mereka merana. Dinasihatkan saksikan sendiri cerita ini untuk tahu penghujungnya yang membuatkan anda tersenyum.= )


Prosecutor Princess OST

  1. Fly High / 샤이니(SHINee) (lagu ni sedap)
  2. Give Me / 서인영 & 나인뮤지스 (徐仁英 & Nine Muses) (lagu ni memang sedap)
  3. 사랑해본 있나요 曾經愛過吧 / 김유경(Kim Yoo Kyung)
  4. Lost / AB에비뉴(한보라) AB avenue(Han Bo Ra)
  5. Goodbye My Princess? / 먼데이 키즈(Monday Kiz) (juga lagu ni)
  6. Who Is / 그린카카오(GreenCacao)
  7. She Is A Princess / 오준성
  8. Working Or Walking / 오준성
  9. Blue Sky / 오준성
  10. I Can Do It (검찰청 사람들 檢察廳人們) / 오준성
  11. Amazoness / 오준성
  12. Love Waltz (사랑일까 ) / 오준성
  13. Love Is You / 오준성
  14. Burnning Heart / 오준성
  15. 기억하니 記得 / 오준성
  16. Only For You / 오준성
  17. Goodbye My Love / 오준성
  18. Cooking Sunday / 오준성

links

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget