my awesome Followers ^ ^

Wednesday, June 29, 2011

My Princess

Also known: 마이 프린세스 / My Princess



Genre: Romance
Category: Korean Drama
Film Date: January, 2011


Very sweet couple.. =)








Episodes: 16
Sinopsis: Drama ini adalah sebuah kisah komedi romantik yang sangat sweet. Pastinya kalian akan sentiasa tersenyum melihat drama ini melihat sweet couple dalam drama ini. Ianya bermula apabila seorang pelajar kolej biasa yang super cute iaitu Lee Seol lakonan Kim Tae Hee yang rupa-rupanya adalah seorang puteri Negara Korea. Lee seol tidak mengetahui bahawa ayah kandung nya merupakan putera raja dan pewaris tunggal. Dia amat dicari pengerusi Daehan Group iatu Park Dong Jae. Park Dong Jae berhasarat ingin mewariskan segala asetnya kepada keluarga diraja supaya pemerintahan beraja dapat dikembalikan kerana dia berasa bersalah terhadap ayah Lee Seol. Tindakan ini tidak dipersetujui ramai pihak termasuk satu-satunya cucunya iaitu Park Hae Young yang super handsome,kacak lagi bergaya lakonan Song Seung Hun. Dia merupakan diplomat luar Negara. Pada mulanya dia merancang pelbagai rancangan bagi menghalang Lee Seol menjadi seorang puteri raja kerana sekirannya insitusi beraja menjadi kenyataan segala hartanya akan ditarik. Namun dia telah jatuh hati kepada Lee Seol. Dan mula membantu Lee Seol termasuk dia sanggup menjadi musuh kepada Oh Yoon Joo (Park Ye Jin). Percintaan mereka telah mengundang pelbagai spekulasi dan reaksi. Di katakan Daehan group sengaja berbuat demikian agar harta tidak jatuh kepada insitusi beraja. Tapi mereka amat mencintai antara satu sama lain dan Park Dong Jae sanggup memberikan seluruh asetnya kepada Lee Seol. Ingin tahu samada pemerintahan beraja diteruskan atau tidak?? Dan sama ada mereka bersama atau tidak?? Tonton sendiri.. Hehehe……… Pasti tak jemu melihat lakonan keduanya yang sangat romantis dan pasangan ini sememangnya sangat padan .. =)



Antara adegan menarik di dalam drama:











External Links

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget