my awesome Followers ^ ^

Wednesday, June 15, 2011

My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox


Also known as 내 여자친구는 구미호 / Nae Yeojachinguneun Gumiho / My Girlfriend is a Gumiho / 我的女友是九尾狐

Sinopsis: Cerita ni memang best dan ada kelainan dari drama korea yang lain. Kelakar dan ada unsur fantasi sikit. Cerita mengenai seorang lelaki Cha Dae Woong ( Lee Sung Ki) yang lari dari datuk nya sebab sebab dia jual ikan kesayangan datuk dia bagi dapat duit. Secara tak sengaja dia telah pergi ke sebuah kuil lama yang ada potret yang berusia 500 tahun mengenai lagenda musang ekor sembilan (guhimo) yang dikatakan menjelma menjadi wanita yang cantik bagi memburu lelaki dan memakan hati mereka. Tapi musang itu telah dikurung dalam potret yang disimpan dikuil tu. Cha Dae Woong ini pula telah melukis gambar sembilan ekor pada potret musang itu. Secara tidak lansung dia telah merungkai sumpahan dan membebaskan guhimo tadi. Lalu muncul seorang gadis super comel iaitu Gu Mi Ho ( SHin Min Ah). Gumiho ni telah selamatkan Chae Dae Wong dengan bagi semangat dia. Guhimo buat perjanjian dengan Chae Dae Wong supaya bantu dia jadi manusia dan semangat guhimo akan terus ada dalam badan dia supaya bagi dia kekuatan. Dalam masa mereka bersama mereka telah jatuh cinta antara satu sama lain. Nak tau lagi?? tengok la plak.. Hehehe.. Tapi cerita ni memang famous kat korea. Kat Malaysia tak main lagi. Lupa nak bagi tau No Min Woo sangat handsome dalam nie.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget