my awesome Followers ^ ^

Wednesday, June 22, 2011

Bad Guy

Also known as 나쁜 남자 / Nappeun Namja / Bad Man / 坏男人

Genre: Melodrama, Mystery , Thriller

Category: Korean Drama

Film Date: May, 2010

Episodes: 17

Sinopsis : Drama ini penuh dengan aksi dan dendam. Memang lain dari cerita korea yang lain yang memfokuskan percintaan. Ianya merupakan lakonan mantap daripada Kim Nam Gil . Drama ini mengisahkan seorang pelakon lagak ngeri iaitu Geon Ok – Kim Nam Gil yang mempunyai misi untuk membalas dendam kepada Haeshin group . Permulaan cerita agak perlahan tetapi setelah episod ke 3 penonton pasti tidak sabar-sabar ingin tahu apa akan jadi pada episod seterusnya. Setiap perkara yang berlaku dalam drama ini dirancang dengan teliti oleh Geon Ok agar dia dapat menjadi sebahagian daripada Haeshin Group. Dia mempunyai karisma yang tersendiri dan mampu memikat mana-mana wanita dengan mudah. Jane lakonan Han Ga-In merupakan seorang gadis yang bercita-cita untuk berkahwin dengan lelaki kaya. Dia pada mulanya telah tersilap dengan menyangka Geon Ok adalah pewaris kepada Haeshin Group dan mula merapatinya. Apabila dia mengetahui hal sebenar Han Ga-In mula rapat Hong Tae Sung yang sebenar. Namun hati Han Ga-In lama-kelamaan terpaut pada Geon Ok. Tera (Oh Yeon-Su) merupakan anak sulung dalam keluarga Haeshin. Dia banyak menurut kehendak keluarga termasuk berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Apabila dia bertemu Geon Ok dia telah jatuh hati dan mewujudkan satu skandal dalam keluarga haeshin yang memberi tamparan hebat kepada ibunya. Tindakan Geon Ok mencetuskan kucar-kacir dalam keluarga Haeshin adalah untuk membalas dendam kerana semasa dia kecil dia telah dipisahkan daripada keluarganya dan diambil untuk tinggal bersama keluarga Haeshin kerana disangka dia adalah anak luar nikah kepada pengerusi Haeshin Group. Setelah bersama beberapa bulan dia dibuang dan dihalau dan tempatnya digantikan oleh kanak-kanak lain kerana status asal usulnya diragui dan dikatakan tidak sah.Sebab itu dia berusaha untuk menjatuhkan Haeshin Group dengan pelbagai taktik. Cerita ini terpaksa dipendekan daripada asalnya 20 episod kepada 17 episod sahaja kerana Kim Nam Gil telah dipanggil untuk menyertai kem ketenteraan macam program khidmat negara di Malaysia. Apa pun lakonan Kim Nam Gil sangat mantap dalam ni. Korang akan jadi jatuh hati dengan lelaki jahat (bad guy) yang sebenarnya baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

wibiya widget